Click Here!

Silat Selendang Merah

Silat Selendang Merah mula bertapak dan berkembang di negeri Kedah pada sekitar tahun 1920an. Perguruan ini mengandungi ciri-ciri seni tari dan pencak Melayu Asli. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1983 dan kegiatannya bertumpu di sekitar Sungai Petani dan Perlis. Perkembangan silat ini telah dipimpin oleh Wan Yahya bin Wan Chik selaku Mahaguru.

Peringkat Pelajaran.

Terdapat 5 peringkat pelajaran yang mesti di lalui oleh seorang penuntut sehingga khatam.
Peringkat 1 – Meliputi asas permulaan seperti jurus pukulan, langkah, tumbuk, tendang dan menepis.
Peringkat 2 – Selendang merah (satu jalur), menandakan mereka boleh mempelajari teknik menagkap, buah pukulan, elakan dan menyerang
Peringkat 3 – Talipinggang hijau, melalui ujian pemilihan seperti kecekapan menagkap serangan lawan, rentak tari silat dan kesempurnaan persembahan. Penuntut diajar buah tindakbalas, buah pecahan kedua serta buah makan balik.
Peringkat 4 – Talipinggang kuning, melalui ujian kelincahan permainan, perlu aktif di dalam kegiatan persatuan. Penuntut diajar teknik permainan kayu dan senjata tajam.
Peringkat 5 – Talipinggang putih, jurulatih bertauliah.
Selendang merah kebanyakkannya lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.
Pergerakan Tentera Selendang Merah mula terkenal dan semakin tersebar diseluruh tanah air di kalangan orang Melayu selari dengan kebangkitan orang Melayu dalam menentang komunis. Berbekalkan pegangan Tentera Selendang Merah iaitu amalan Ayat Empat dan semangat juang yang kental, nama Tentera Selendang Merah digeruni pihak musuh dan dihormati rakyat tempatan.
Dewasa ini, nama Selendang Merah masih lagi kedengaran dan kesinambungan serta warisan Selendang Merah tetap diteruskan di kalangan orang Melayu. Amalan Ayat Empat yang diwarisi secara perguruan di dalam PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH dijaga dan diteruskan hingga ke hari ini selaras dengan semangat yang kuat serta penghayatan yang tinggi seperti mana yang telah diwujudkan oleh Kiyai Panglima Salleh dan Tentera Selendang Merah yang terdahulu.

 

0 Response to "Silat Selendang Merah"

Catat Ulasan

Click Here!