Click Here!

Pertemuan England - AS paling dinanti

WASHINGTON: Selepas 60 tahun Amerika Syarikat mengejutkan England dalam Piala Dunia, pasukan berkenaan akan berusaha mengulangi pencapaian itu dalam perlawanan pertama yang dinanti-nantikan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, bulan depan.

Sejak diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Slovenia dan Algeria, Disember lalu, pemain AS dan England tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pembukaan mereka pada 12 Jun di Stadium Royal Bafokeng yang memuatkan 42,000 penonton di Rustenberg.
England mencatat rekod keseluruhan 7-2 menentang AS tetapi tewas pada pertemuan pertama mereka 1-0 dalam kejutan Piala Dunia pada 29 Jun 1950 di Belo Horizonte, Brazil. 
Joe Gaetjens, seorang pencuci pinggan separuh masa dengan ibunya berasal dari Haiti dan ayahnya dari Belgium, menanduk masuk gol tunggal pada minit ke-37 pada perlawanan yang mengubah masa depan bola sepak tetapi tidak membawa banyak perhatian kepada pencapaian skuad itu di tanah air sendiri.

“Belo Horizonte - setiap peminat AS mengetahui butiran mengenai perlawanan berkenaan, jadi kami tidak sabar untuk mendapat satu lagi peluang seperti ini,” kata jurulatih Piala Dunia AS, Bob Bradley.

Kini, peminat AS menggelarkan ia “Keajaiban di atas padang”, seiring dengan keajaiban hoki Olimpik 1980 “Keajaiban di atas ais” ke atas Kesatuan Soviet dan perlawanan itu menyuntik inspirasi pada filem 2005 “Perlawanan terhebat dalam kehidupan mereka”.

Kucing dicuci mesin basuh terselamat

SYDNEY: Seekor anak kucing Parsi mengejutkan pemiliknya apabila ia keluar dari mesin basuh dalam keadaan terhuyung-hayang selepas 'dicuci' mesin terbabit.

Brendon Rogers, dari Manly Vale, berkata, Kimba, berusia empat bulan dan berbulu putih lebat, mungkin memanjat mesin apabila pintu hadapan dibuka dan bersembunyi dalam baju kotor, tanpa diketahui bapanya, Lyndsay, yang menghidupkan mesin itu.
Mereka terkejut apabila membuka pintu untuk menarik keluar baju mendapati Kimba ada dalam mesin basuh itu. – Reuters 

Click Here!