Click Here!

Kekejaman Israel!!!

SANTAU!!!

Muqadimmah
Menurut perawat tradisional, tidak menyatakan perbezaan yang jelas di antara santau dan racun.
Ramai berpendapat bahawa santau dan racun adalah sama, manakala rawatannya juga adalah sama, hanya terdapat beberapa ciri perbezaan bagi menentukan orang itu samada terkena santau atau racun.
Kesan racun dapat dikesan dalam masa yang singkat sejurus sahaja termakan atau terminum racun, mangsa akan menderita serta-merta.
Manakala kesan santau hanya dapat di kesan dalam masa yang agak lama.
Mangsa tidak akan menyedari melainkan mangsa memakan limau nipis atau memakan nenas dibuat dengan bahan-bahan semula jadi seperti akar-akar kayu (racun tradisional) manakala santau berlainan dari cara pembuatan racun.
Jenis-Jenis Santau
Santau terbahagi kepada 2 jenis:
1.   Santau yang diperbuat daripada bahan biasa dan diberi secara langsung kepada mangsa seperti di letak ke dalam makanan dan minuman.
Ia tidak berkait dengan pemujaan jin dan syaitan.
Ini agak mudah diubati.
2.   Santau yang disertai dengan pemujaan jin dan syaitan.
Santau ini juga dikenali sebagai ‘santau angin’.
Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang mempunyai sayap.
Jin tersebut mampu terbang di udara, biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Tanda-Tanda Terkena Santau
1.   Batuk berterusan, batuk berdarah dan bernanah serta keluar debu-debu kecil seperti habuk-habuk kaca.
2.   Keluar darah yang berpanjangan bagi wanita kadangkala 1 bulan atau lebih.
3.   Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu maghrib dan malam jumaat, kadangkala sakit akan menjadi lebih kritikal ketika hampir waktu solat jumaat.
4.   Sakit dan sesak nafas terutamanya pada waktu maghrib.
5.   Lenguh seluruh anggota badan.
6.   Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7.   Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8.   Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
9.   Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusukannya.
11. Mimpi binatang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi bertemu ketua agama-agama lain dan mimpi pergi ke tempat ibadah mereka.
                Gambar hiasan menunjukkan orang sedang melakukan perubatan kepada pesakit santau..
Kesan-Kesan Santau
1.   Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
2.   Hilang daya ingatan.
3.   Kulit merekah dan keluar air bisa dan nanah.
4.   Berubah sifat seperti sifat sabar menjadi panas baran.
5.   Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
6.   Gugur bulu-bulu pada badan.
7.   Kelopak mata menjadi hitam akibat dari tidur yang sering terganggu.
8.   Kanser dan ketumbuhan.
9.   Keguguran bayi.

Silat Selendang Merah

Silat Selendang Merah mula bertapak dan berkembang di negeri Kedah pada sekitar tahun 1920an. Perguruan ini mengandungi ciri-ciri seni tari dan pencak Melayu Asli. Silat ini telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1983 dan kegiatannya bertumpu di sekitar Sungai Petani dan Perlis. Perkembangan silat ini telah dipimpin oleh Wan Yahya bin Wan Chik selaku Mahaguru.

Peringkat Pelajaran.

Terdapat 5 peringkat pelajaran yang mesti di lalui oleh seorang penuntut sehingga khatam.
Peringkat 1 – Meliputi asas permulaan seperti jurus pukulan, langkah, tumbuk, tendang dan menepis.
Peringkat 2 – Selendang merah (satu jalur), menandakan mereka boleh mempelajari teknik menagkap, buah pukulan, elakan dan menyerang
Peringkat 3 – Talipinggang hijau, melalui ujian pemilihan seperti kecekapan menagkap serangan lawan, rentak tari silat dan kesempurnaan persembahan. Penuntut diajar buah tindakbalas, buah pecahan kedua serta buah makan balik.
Peringkat 4 – Talipinggang kuning, melalui ujian kelincahan permainan, perlu aktif di dalam kegiatan persatuan. Penuntut diajar teknik permainan kayu dan senjata tajam.
Peringkat 5 – Talipinggang putih, jurulatih bertauliah.
Selendang merah kebanyakkannya lebih dikenali oleh golongan tua masa kini berikutan dengan pergerakkan pasukan atau pun Tentera Selendang Merah ini amat aktif dan terkenal ketika Tanah Melayu dikuasai komunis. Pengasas dan pemimpin yang dihormati Selendang Merah adalah Kiyai Panglima Salleh di mana Pergerakan Selendang Merah mula berputik di selatan tanah air, Batu Pahat ketika rakyat Tanah Melayu bersatu menentang komunis.
Pergerakan Tentera Selendang Merah mula terkenal dan semakin tersebar diseluruh tanah air di kalangan orang Melayu selari dengan kebangkitan orang Melayu dalam menentang komunis. Berbekalkan pegangan Tentera Selendang Merah iaitu amalan Ayat Empat dan semangat juang yang kental, nama Tentera Selendang Merah digeruni pihak musuh dan dihormati rakyat tempatan.
Dewasa ini, nama Selendang Merah masih lagi kedengaran dan kesinambungan serta warisan Selendang Merah tetap diteruskan di kalangan orang Melayu. Amalan Ayat Empat yang diwarisi secara perguruan di dalam PERTUBUHAN SENI SILAT KUNTAU SELENDANG MERAH dijaga dan diteruskan hingga ke hari ini selaras dengan semangat yang kuat serta penghayatan yang tinggi seperti mana yang telah diwujudkan oleh Kiyai Panglima Salleh dan Tentera Selendang Merah yang terdahulu.

 

Pertemuan England - AS paling dinanti

WASHINGTON: Selepas 60 tahun Amerika Syarikat mengejutkan England dalam Piala Dunia, pasukan berkenaan akan berusaha mengulangi pencapaian itu dalam perlawanan pertama yang dinanti-nantikan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, bulan depan.

Sejak diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Slovenia dan Algeria, Disember lalu, pemain AS dan England tidak sabar untuk beraksi dalam perlawanan pembukaan mereka pada 12 Jun di Stadium Royal Bafokeng yang memuatkan 42,000 penonton di Rustenberg.
England mencatat rekod keseluruhan 7-2 menentang AS tetapi tewas pada pertemuan pertama mereka 1-0 dalam kejutan Piala Dunia pada 29 Jun 1950 di Belo Horizonte, Brazil. 
Joe Gaetjens, seorang pencuci pinggan separuh masa dengan ibunya berasal dari Haiti dan ayahnya dari Belgium, menanduk masuk gol tunggal pada minit ke-37 pada perlawanan yang mengubah masa depan bola sepak tetapi tidak membawa banyak perhatian kepada pencapaian skuad itu di tanah air sendiri.

“Belo Horizonte - setiap peminat AS mengetahui butiran mengenai perlawanan berkenaan, jadi kami tidak sabar untuk mendapat satu lagi peluang seperti ini,” kata jurulatih Piala Dunia AS, Bob Bradley.

Kini, peminat AS menggelarkan ia “Keajaiban di atas padang”, seiring dengan keajaiban hoki Olimpik 1980 “Keajaiban di atas ais” ke atas Kesatuan Soviet dan perlawanan itu menyuntik inspirasi pada filem 2005 “Perlawanan terhebat dalam kehidupan mereka”.

Kucing dicuci mesin basuh terselamat

SYDNEY: Seekor anak kucing Parsi mengejutkan pemiliknya apabila ia keluar dari mesin basuh dalam keadaan terhuyung-hayang selepas 'dicuci' mesin terbabit.

Brendon Rogers, dari Manly Vale, berkata, Kimba, berusia empat bulan dan berbulu putih lebat, mungkin memanjat mesin apabila pintu hadapan dibuka dan bersembunyi dalam baju kotor, tanpa diketahui bapanya, Lyndsay, yang menghidupkan mesin itu.
Mereka terkejut apabila membuka pintu untuk menarik keluar baju mendapati Kimba ada dalam mesin basuh itu. – Reuters 

Click Here!